Gaji sudahlah tak seberapa. Kerja tanpa mengira waktu. Anak isteri cuma suku dari kehidupan kami. Tapi hidup sentiasa di sumpah seranah setiap hari. Tidak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada kami. Buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. Tahan kereta di tepi jalan yg mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. Bila ada demontrasi, mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara. Kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja. Bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda? anak dan isteri anda? keluarga anda? paling menyedihkan, pahitnya.
Siapa yg suka berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara? Tinggal anak isteri di rumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya. Sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.. kamu suka? Kalau suka, mohon kerja polis.. Cubalah rasa bagaimana peritnya.. Bagilah pula anak isteri, ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami, anak, adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram..
Jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah, perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga. Saya punya anak, sejujurnya. Saya sentiasa mengatakan kepada anakku.. Bila besar nanti jangan lah jadi polis dan tentera. Ayah tidak mahu rasa perit ini ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita. kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli. Sudahlah tiada masa untuk anak, isteri dan keluarga. Gaji pula sangat lah tidak setimpal dengan kerja. Tapi jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yg mampu melawan setiap takdirnya.. dan aku terfikir sejenak.. Mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja..
No comments:
Post a Comment