Thursday, July 12, 2018

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang boleh kita dilakukan pada masa lapang mengikut kesuaian individu.Aktiviti sukan banyak kebaikan kepada kita jika kita mengamalkannya. Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kita menyertai aktiviti sukan,kita akan melakukan aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh.Apabila badan kita berpeluh, kita akan berasa lebih segar dan sihat. Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan kita.


Dalam hidup saya, bersukan juga menjadi keutamaan. Sy lebih gemar berjogging dan berbasikal. bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah. Dengan bersukan masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan merokok. Kita juga boleh bersukan pada waktu petang dan pada hari cuti.



Bersukan juga dapat menghindar kita daripada menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ramai orang yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi merupakan orang yang tidak suka bersukan. Selain menjaga pemakanan,aktiviti bersukan juga penting bagi mengatasi masalah kencing manis dan darah tinggi.

         Kebaikan yang seterusnya ialah bersukan dapat menenangkan fikiran selepas penat mengulang kaji pelajaran. Apabila kita belajar,kita telah menggunakan minda kita untuk berfikir dan mengingati pelajaran secara maksimun. Hal ini akan menyebabkan minda kita  berasa letih dan lesu. Oleh itu, untuk merehatkan fikiran kita mestilah bersukan. Apatah lagi.jika bersukan di tempat-tempat yang menarik seperti di tepi tasik dan di taman permainan.



         Kesimpulannya,bersukan merupakan aktiviti yang memberi banyak kebaikan dan berguna kepada kita. Lantaran itu, marilah kita mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan kita.


No comments:

Post a Comment