Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Bagi saya menjala adalah hobi yang saya gemari kerana saya di lahir dan di besarkan di kampung yang berdekatan Sungai Nenggiri. Ini kerana arwah ayah saya juga mempunyai hobi yang sama. Dari kecil lagi saya sering di bawa bersama ayah untuk pergi menjala di sungai. Pada mulanya kami hanya menjala di kawasan muara sungai kerana disitu merupakan lubuk bagi ikan yang bersaiz besar.
Sekarang walaupun saya telah lama berhijrah ke ibu kota sekurangnya setiap kali saya balik bercuti ke kampung halaman, saya akan melakukan aktiviti seperti ini bersama abang, adik dan kawan-kawan. Dengan bermodalkan sebuah bot dan sebuah jala , saya bersama kawan-kawan terus mencari lokasi sesuai untuk melepaskan jaring. Hasilnya seperti gambar diatas. Alhamdulillah.
Apa yang harus di ketengahkan disini ialah ikatan silaturrahim sesama keluarga dan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.
Aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh berbanding pil-pil diet dan latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain itu berbasikal juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Aktiviti berbasikal juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat.
Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.
Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ketempat kerja setiap hari , akan membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan berbasikal ,individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.
Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya di bahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.
No comments:
Post a Comment