Assalamualaikum. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W
Pada 10 Oktober 2008, Abah telah menghembuskan nafas yang terakhir. Sudah 10 tahun abah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Saya juga pasti akan menyusul. Cuma tak tahu bila. Cepat benar terasa masa berlalu. macam baru semalam semua ni terjadi. Rindu benar saya dengan abah. Ditambah pula apabila di Hari Raya Aidilfiri baru-baru ini, Abah tidak lagi bersama kami sekeluarga. Terasa benar sayunya hati. Kerinduan yang ditusuk-tusuk. Kadang-kadang, sejam dua juga saya duduk berteleku di hamparan sejadah selepas solat. Terimbas-imbas kenangan bersama abah di anak mata. Dan air mata ini terasa sangat murah untuk mengalir. Allah.
Dalam diri seorang abah itu, ada ketegasan. Juga kasih-sayang yang dizahirkan secara sembunyi. Teringat ketika zaman kecil-kecil dahulu, kalau saya tertidur di depan tv, abah yang akan angkat saya masuk dalam bilik. Dan menurut emak, setiap malam, abah akan pastikan anak-anaknya berselimut ketika tidur. Dan kemudian, barulah dia tidur. Pernah juga saya tertinggal bekas pensil di rumah ketika nak ke sekolah dan abah yang bergegas menghantar dan masuk ke kelas. Bukan sekali. Berkali-kali. Bukan sahaja bekas pensil. barang lain juga. Buku, bekal dan lain-lain. Bersabar sungguh abah melayan kecuaian anaknya ini. Allah..
Rindu macam mana sekalipun, tetap tidak mampu melawan qadha' dan qadar Allah. Apa yang saya boleh lakukan sebagai seorang anak untuk membalas jasa abah ialah hanya dengan menjadi anak yang solehah untuknya.
ABAH ( tak kira apa sekali penggilan mereka ) adalah seorang yang sangat penting didalam kehidupan kita, kerana ABAH adalah seseorang yang akan rela mati matian untuk mencari nafkah untuk kita, tetapi jarang orang yang berterima kasih kepada ayahnya, mungkin kerana kurang komunikasi dengan ayahnya jadi sehingga dia enggan untuk berterima kasih apalagi mengungkapkan kata kata rindu pada Ayah...
.
Untuk sahabat yang jarang bertemu dengan ayahnya saya rasa pasti akan merasa rindu terhadap ayahnya, apalagi saya yang sudah lama tidak bertemu dengan Abah saya, kerana abah saya sendiri telah lama meninggal dunia, dan sekarang saya sangat merindukan abah saya, dan yang mampu saya lakukan hanyalah mengirimkan rindu melalui Doa. 10 Tahun genap abah tinggalkan kami sekeluarga.
.
Untuk sahabat yang jarang bertemu dengan ayahnya saya rasa pasti akan merasa rindu terhadap ayahnya, apalagi saya yang sudah lama tidak bertemu dengan Abah saya, kerana abah saya sendiri telah lama meninggal dunia, dan sekarang saya sangat merindukan abah saya, dan yang mampu saya lakukan hanyalah mengirimkan rindu melalui Doa. 10 Tahun genap abah tinggalkan kami sekeluarga.
.
AL-FATIHAH BUAT YAHYA BIN JUSOH
No comments:
Post a Comment