MENGORAK LANGKAH KE PACE UUM KL
Hujung Tahun 2016, Ketika bersembang bersama Pegawai turus tempat saya bertugas, dia telah memberi cadangan kepada saya agar saya melanjutkan pengajian Ijazah untuk melihat saya menjadi seorang pegawai kanan polis. Memandangkan saya berhasrat ingin kemajuan pangkat dalam kerjaya dan keinginan saya sendiri, saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan itu. Pada masa yang sama, saya masih dilema sama ada teruskan atau tidak kerana memikirkan wang untuk membiayai yuran pengajian. Setelah isteri saya memberi nasihat dan dorongan, saya terus mendaftarkan diri ke PACE UUM. Alhamdulillah permohonan saya diterima oleh pihak PACE UUM.
Bermulalah kisah saya sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian). Alhamdulillah perjalanannya berjalan lancar. sehinggalah tamatnya semester 1 dengan keputusan peperiksaan yang memuaskan.
Apa yang saya harapkan ialah di beri kemudahan dalam kesihatan tubuh badan, komitmen keluarga dan kewangan. Apa pun saya bersyukur kepada ilahi kerana di beri sokongan penuh oleh kedua ibu bapa dan isteri serta anak.
Moral cerita saya pada kali ini ialah usaha tangga kejayaan tanpa usaha kita tak kemana. Kita Buat yang terbaik, InsyaAllah Kita Dapat hasil yang terbaik. Dengan Izin Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment