MUHAMMAD ASRAF BIN YAHYA
BACHELOR OF COMMUNICATION (Hons) 257509
Friday, July 13, 2018
Thursday, July 12, 2018
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Aktiviti bersukan merupakan aktiviti yang boleh kita dilakukan pada masa lapang mengikut kesuaian individu.Aktiviti sukan banyak kebaikan kepada kita jika kita mengamalkannya. Antara kebaikan bersukan ialah dapat menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kita menyertai aktiviti sukan,kita akan melakukan aktiviti pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh.Apabila badan kita berpeluh, kita akan berasa lebih segar dan sihat. Peluh yang keluar merupakan bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan kita.
Dalam hidup saya, bersukan juga menjadi keutamaan. Sy lebih gemar berjogging dan berbasikal. bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah. Dengan bersukan masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang boleh menyihatkan badan dan terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan merokok. Kita juga boleh bersukan pada waktu petang dan pada hari cuti.
Bersukan juga dapat menghindar kita daripada menghidapi penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ramai orang yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi merupakan orang yang tidak suka bersukan. Selain menjaga pemakanan,aktiviti bersukan juga penting bagi mengatasi masalah kencing manis dan darah tinggi.
Kebaikan yang seterusnya ialah bersukan dapat menenangkan fikiran selepas penat mengulang kaji pelajaran. Apabila kita belajar,kita telah menggunakan minda kita untuk berfikir dan mengingati pelajaran secara maksimun. Hal ini akan menyebabkan minda kita berasa letih dan lesu. Oleh itu, untuk merehatkan fikiran kita mestilah bersukan. Apatah lagi.jika bersukan di tempat-tempat yang menarik seperti di tepi tasik dan di taman permainan.
Kesimpulannya,bersukan merupakan aktiviti yang memberi banyak kebaikan dan berguna kepada kita. Lantaran itu, marilah kita mengamalkan aktiviti bersukan dalam kehidupan kita.
Wednesday, July 11, 2018
PAHIT GETIR BERGELAR SEBAGAI ANGGOTA POLIS
Gaji sudahlah tak seberapa. Kerja tanpa mengira waktu. Anak isteri cuma suku dari kehidupan kami. Tapi hidup sentiasa di sumpah seranah setiap hari. Tidak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada kami. Buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. Tahan kereta di tepi jalan yg mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. Bila ada demontrasi, mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara. Kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja. Bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda? anak dan isteri anda? keluarga anda? paling menyedihkan, pahitnya.
Siapa yg suka berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara? Tinggal anak isteri di rumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya. Sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.. kamu suka? Kalau suka, mohon kerja polis.. Cubalah rasa bagaimana peritnya.. Bagilah pula anak isteri, ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami, anak, adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram..
Jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah, perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga. Saya punya anak, sejujurnya. Saya sentiasa mengatakan kepada anakku.. Bila besar nanti jangan lah jadi polis dan tentera. Ayah tidak mahu rasa perit ini ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita. kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli. Sudahlah tiada masa untuk anak, isteri dan keluarga. Gaji pula sangat lah tidak setimpal dengan kerja. Tapi jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yg mampu melawan setiap takdirnya.. dan aku terfikir sejenak.. Mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja..

MENGORAK LANGKAH KE PACE UUM KL
Hujung Tahun 2016, Ketika bersembang bersama Pegawai turus tempat saya bertugas, dia telah memberi cadangan kepada saya agar saya melanjutkan pengajian Ijazah untuk melihat saya menjadi seorang pegawai kanan polis. Memandangkan saya berhasrat ingin kemajuan pangkat dalam kerjaya dan keinginan saya sendiri, saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan itu. Pada masa yang sama, saya masih dilema sama ada teruskan atau tidak kerana memikirkan wang untuk membiayai yuran pengajian. Setelah isteri saya memberi nasihat dan dorongan, saya terus mendaftarkan diri ke PACE UUM. Alhamdulillah permohonan saya diterima oleh pihak PACE UUM.
Bermulalah kisah saya sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian). Alhamdulillah perjalanannya berjalan lancar. sehinggalah tamatnya semester 1 dengan keputusan peperiksaan yang memuaskan.
Apa yang saya harapkan ialah di beri kemudahan dalam kesihatan tubuh badan, komitmen keluarga dan kewangan. Apa pun saya bersyukur kepada ilahi kerana di beri sokongan penuh oleh kedua ibu bapa dan isteri serta anak.
Moral cerita saya pada kali ini ialah usaha tangga kejayaan tanpa usaha kita tak kemana. Kita Buat yang terbaik, InsyaAllah Kita Dapat hasil yang terbaik. Dengan Izin Allah S.W.T

AL-FATIHAH BUAT ABAH
Assalamualaikum. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W
Pada 10 Oktober 2008, Abah telah menghembuskan nafas yang terakhir. Sudah 10 tahun abah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Saya juga pasti akan menyusul. Cuma tak tahu bila. Cepat benar terasa masa berlalu. macam baru semalam semua ni terjadi. Rindu benar saya dengan abah. Ditambah pula apabila di Hari Raya Aidilfiri baru-baru ini, Abah tidak lagi bersama kami sekeluarga. Terasa benar sayunya hati. Kerinduan yang ditusuk-tusuk. Kadang-kadang, sejam dua juga saya duduk berteleku di hamparan sejadah selepas solat. Terimbas-imbas kenangan bersama abah di anak mata. Dan air mata ini terasa sangat murah untuk mengalir. Allah.
Dalam diri seorang abah itu, ada ketegasan. Juga kasih-sayang yang dizahirkan secara sembunyi. Teringat ketika zaman kecil-kecil dahulu, kalau saya tertidur di depan tv, abah yang akan angkat saya masuk dalam bilik. Dan menurut emak, setiap malam, abah akan pastikan anak-anaknya berselimut ketika tidur. Dan kemudian, barulah dia tidur. Pernah juga saya tertinggal bekas pensil di rumah ketika nak ke sekolah dan abah yang bergegas menghantar dan masuk ke kelas. Bukan sekali. Berkali-kali. Bukan sahaja bekas pensil. barang lain juga. Buku, bekal dan lain-lain. Bersabar sungguh abah melayan kecuaian anaknya ini. Allah..
Rindu macam mana sekalipun, tetap tidak mampu melawan qadha' dan qadar Allah. Apa yang saya boleh lakukan sebagai seorang anak untuk membalas jasa abah ialah hanya dengan menjadi anak yang solehah untuknya.
ABAH ( tak kira apa sekali penggilan mereka ) adalah seorang yang sangat penting didalam kehidupan kita, kerana ABAH adalah seseorang yang akan rela mati matian untuk mencari nafkah untuk kita, tetapi jarang orang yang berterima kasih kepada ayahnya, mungkin kerana kurang komunikasi dengan ayahnya jadi sehingga dia enggan untuk berterima kasih apalagi mengungkapkan kata kata rindu pada Ayah...
.
Untuk sahabat yang jarang bertemu dengan ayahnya saya rasa pasti akan merasa rindu terhadap ayahnya, apalagi saya yang sudah lama tidak bertemu dengan Abah saya, kerana abah saya sendiri telah lama meninggal dunia, dan sekarang saya sangat merindukan abah saya, dan yang mampu saya lakukan hanyalah mengirimkan rindu melalui Doa. 10 Tahun genap abah tinggalkan kami sekeluarga.

AL-FATIHAH BUAT YAHYA BIN JUSOH
HOBI DALAM MENGISI MASA LAPANG
Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Bagi saya menjala adalah hobi yang saya gemari kerana saya di lahir dan di besarkan di kampung yang berdekatan Sungai Nenggiri. Ini kerana arwah ayah saya juga mempunyai hobi yang sama. Dari kecil lagi saya sering di bawa bersama ayah untuk pergi menjala di sungai. Pada mulanya kami hanya menjala di kawasan muara sungai kerana disitu merupakan lubuk bagi ikan yang bersaiz besar.
Sekarang walaupun saya telah lama berhijrah ke ibu kota sekurangnya setiap kali saya balik bercuti ke kampung halaman, saya akan melakukan aktiviti seperti ini bersama abang, adik dan kawan-kawan. Dengan bermodalkan sebuah bot dan sebuah jala , saya bersama kawan-kawan terus mencari lokasi sesuai untuk melepaskan jaring. Hasilnya seperti gambar diatas. Alhamdulillah.
Apa yang harus di ketengahkan disini ialah ikatan silaturrahim sesama keluarga dan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.
Aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh berbanding pil-pil diet dan latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain itu berbasikal juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Aktiviti berbasikal juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat.
Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.
Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ketempat kerja setiap hari , akan membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan berbasikal ,individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.
Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya di bahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.
HOBI SAYA DALAM BIDANG SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
Dunia kita yang kian mengalami perubahan dari pelbagai segi telah menyingkirkan sesetengah amalan atau budaya masyarakat dahulu. Keadaan yang menyedihkan ini mungkin kurang mendapat perhatian daripada masyarakat, malahan tidak dikesan oleh mereka. Dalam perkara ini, seni pertahanan diri telah semakin dilupakan oleh masyarakat terutamanya generasi muda. Hal ini boleh disamakan dengan peribahasa “ibarat melukut di tepian gantang”. Pada hakikatnya, hal ini tidak sepatutnya berlaku. Perkara ini disebabkan oleh seni pertahanan diri boleh mendatangkan pelbagai manfaat kepada saya. Jenis-jenis seni pertahanan diri termasuklah silat gayung, Wushu, silambam dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan mempelajari seni pertahanan diri?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Dengan mempelajari seni pertahanan diri, saya dapat menyihatkan tubuh badan saya. Perkara ini berlaku apabila melakukan pergerakan tertentu ketika berlatih, saya akan mendapat kebaikan yang sama seperti bersenam. Mengikut kajian saintifik, dipercayai bahawa apabila badan kita mengeluarkan peluh, toksik-toksik dari badan turut akan dikeluarkan mengikut air peluh. Sekiranya toksik-toksik dari badan telah dikeluarkan, maka saya akan berasa lebih sihat dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seharian. Tambahan pula, badan saya akan menjadi lebih cergas disebabkan oleh otot-otot badan kita yang semakin kuat melalui latihan seni pertahanan diri. Secara tidak langsung, otak kita juga akan menjadi cerdas kerana “badan cergas, otak cerdas”.
Seterusnya, kita mampu mempertahankan diri apabila keselamatan diri kita tergugat khususnya kepada golongan wanita. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah yang menyebabkan kehilangan harta mahupun nyawa semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kes-kes tersebut telah menjadi perkara yang izhar dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya masyarakat. Oleh yang demikian, kita wajar melakukan sesuatu demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah yang seterusnya kerana pepatah ada mengatakan “malang itu tidak berbau”. Dengan mempelajari seni pertahanan diri, kita dapat menggunakan teknik yang dipelajari semasa kecemasan untuk menyerang penjenayah. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghulurkan bantuan kepada orang lain dengan ilmu seni pertahanan diri yang dipelajari.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berdisiplin akan dilahirkan jika masyarakat sanggup mempelajari seni pertahanan diri. Hal ini terjadi kerana kita akan diterapkan nilai-nilai murni apabila mempelajari seni tersebut. Sebagai tamsilan, nilai menepati masa, nilai baik hati, nilai bekerjasama dan lain-lain. Dengan kata lain, kita akan menjadi lebih gagah dan berkeyakinan diri untuk melakukan perkara yang betul seperti menegakkan keadilan apabila diri kita dilengkapi ilmu seni tersebut. Lagipun, kita boleh mendisiplinkan diri dengan mempelajari seni ini. Perkara ini berlaku kerana kita mesti menepati masa berlatih yang ditentukan setiap kali. Walaupun pada mulanya kita tidak senang hati dengan peraturan ini, tetapi lama-kelamaan amalan yang terpuji tersebut akan tertanam dalam diri kita secara tidak langsung, bak kata pepatah, “alah bisa, tegal biasa”
Sementara itu, seni pertahanan diri merupakan salah satu wadah yang baik untuk kita bersosial. Dengan kata lain, kita boleh menambah kenalan yang baru dengan mempelajari seni pertahanan diri. Ghalibnya, kita mudah mendapat kenalan baru yang terdiri daripada ahli-ahli lain yang mengikut latihan seni pertahanan diri bersama kita. Kita juga boleh saling berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan seni pertahanan diri bersama kawan kerana perbuatan ini akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekiranya kita mempunyai kawan, kita tidak akan mudah berasa kesunyian. Oleh itu, kita tidak sepatutnya bersikap seperti kera sumbang kerana sikap tersebut tidak memanfaatkan kita untuk mendapat kenalan baru.
Intihannya, saya boleh memperoleh pelbagai kebaikan dengan mempelajari seni pertahanan diri. Jadi, kita tidak seharusnya beranggapan bahawa seni tersebut tidak lagi sesuai dengan arus pembangunan masa kini dan mengabaikannya. Hal ini turut disebabkan oleh seni pertahanan diri merupakan warisan budaya yang tidak ternilai harganya dan patut dikekalkan oleh masyarakat. Dengan itu, kita perlulah bertanggungjawab memastikan adat lama tersebut “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Pelbagai pihak harus memberi kerjasama dalam usaha ini terutamanya pihak kerajaan, media massa, masyarakat dan lain-lain. Sekiranya pelbagai pihak dapat menyumbangkan kerjasama, sudah pasti keindahan seni pertahanan diri dapat dipelihara kerana “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.
Tuesday, July 10, 2018
BANJIR 2014 DI KELANTAN TIDAK DAPAT DILUPAKAN
Pada tahun 2014, Kelantan menghadapi banjir yang terbesar berbanding 2004. Sesetengah tempat ianya boleh dianggap seumpama banjir besar 1967. Lantaran banjir yang melanda ini, terdapat pelbagai teori yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak. Ada yang mengatakan bahawa banjir yang berlaku berpunca daripada aktiviti pembalakan yang teruk, pembangunan ladang yang menggondol tanah dan hutan serta penularan penerokaan hutan secara haram.
Selain itu, ianya turut dikaitkan dengan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, kawasan tanah tinggi Lebir, Galas dan kawasan bersempadan dengan Pahang dan Terengganu. Pun begitu, perkara ini disangkal oleh Menteri Besar Kelantan yang mengatakan sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya telah mematuhi kuota tahunan seluas 5,960 hektar setahun yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara. Ditambah dengan kerja-kerja pembalakan yang telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.
Malah banjir 2014 yang melanda kelantan ini dikaitkan dengan hujan lebat yang luar biasa berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Kesan daripada hujan yang agak lebat selama empat hari ini menyebabkan kira-kira 85 peratus kawasan Gua Musang dan Kuala Krai mengalami banjir dengan arus air yang deras (akibat air hujan berdensiti tinggi dari Gunung Gagau, Aring, Laloh dan Gua Musang). Banjir 2014 ini juga telah meyebabkan banyak kerosakkan harta benda seperti rumah-rumah, prasarana, tanaman dan sebagainya.
Sementara itu, keadaan sungai-sungai di Kelantan yang terletak di kawasan lembah juga turut dikatakan menjadi punca kepada banjir yang berlaku. Ditambah lagi di bahagian utara Kelantan yang menempatkan Sungai Golok sering melimpah menyebabkan berlakunya banjir di utara Kelantan iaitu kawasan Jeli, Rantau Panjang dan Pasir Mas. Selain itu, banjir di Kelantan ini juga dikaitkan dengan Kedudukan empat jajahannya, iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu dan Tumpat yang sememangnya menghadap Laut China Selatan yang mana keadaan ini menyebabkan setiap tahun Kelantan terdedah kepada tiupan angin monsun Timur Laut sekitar bulan Oktober-Disember. Musim monsun ini dikenali sebagai musim tengkujuh bagi penduduk Kelantan, yang menurunkan hujan lebat dan berlakunya banjir.
Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, jumlah anggaran kerugian akibat banjir ini, umumnya bersetuju melebihi RM 1 billion setelah mengambil kira jumlah kerosakan di sektor perladangan, kebun kecil getah, ternakan, masjid dan surau serta bangunan dan harta awam. Kesemua kerosakan dan kesan banjir 2014 di negeri Kelantan adalah antara yang terbesar dan rakyat Kelantan mengalami banyak kerugian akibat bencana alam tersebut. Walau apa pun, banjir merupakan benca alam yang berlaku atas ketentuan tuhan yang perlu diterima dengan redha.
Hikmah Musibah Banjir
Tentunya kerosakan yang ditimpa banjir ini sangat besar sekali. Bayangkan betapa sukarnya hendak membina kembali kehidupan selepas bencana ini. Rumah yang ranap, jalan raya yang musnah, harta benda rosak teruk sangat memilukan. Pastinya jumlah kerosakan ini sangat besar nilainya dan tentu mengambil masa bertahun pula untuk memulihkan kehidupan menjadi seperti sediakala. Sesunguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Walau bagaimanapun, kita teramat bersyukur dan bertuah kerana masih ramai rakyat Malaysia yang sangat perihatin dengan mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda Negara ini. Mungkin ini juga ujian kepada kita kerana Allah s.w.t hendak melihat bagaimana kita bersatu dalam membantu mereka yang ditimpa musibah.
Berdasarkan pelbagai laporan, bantuan seluruh negara datang mencurah-curah. Seluruh rakyat Malaysia bersatu dengan rela hati menghulurkan bantuan terutamanya kepada mangsa banjir. Ini sangat mengharukan dan membanggakan. Ia petanda rakyat Malaysia masih menerapkan amalan murni tolong-menolong dan cintakan keharmonian tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Alangkah baiknya, keadaan seperti ini berkekalan hendaknya.
Semoga Allah mengampuni kita semua dan menggantikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak.
KRONOLOGI KEMATIAN BAYI 5 BULAN, SI COMEL ADAM RAYQAL
Malaysia dikecohkan dengan kematian tragis bayi berumur 5 bulan yang diberikan nama Adam Rayqal. Dan berikut adalah kronologi insiden yang menyayat hati itu.
1. Semalam, bapa dan ibu kepada Adam Rayqal membuat rayuan online agar orang awam membantu mencari anaknya yang katanya hilang dari rumah pengasuh.
2. Menulis di Facebooknya, Sufie Naeif dan Farah Madi berkata : "Ya Allahhhh. Bantulah aku Ya Allah, Tolong viralkan. Anak saya hilang dari rumah pengasuh Taman Nakhoda Batu Cave. Hilang Jam 6.30 petang. 0139913640," katanya dalam kenyataan itu.
3. Berdasarkan sumber Nur Alia Athila pada awalnya si pengasuh telah beria-ria menelefon ibu kepada Adam Rayqal pada jam 6.30 petang dan menghantarkan mesej memberitahu Adam Rayqal telah diambil oleh bapanya iaitu Sufie Naeif. Bagaimanapun Sufie menafikan hal itu dan beranggapan Adam telah diculik oleh seseorang yang menyamar sebagai dirinya.
3. Ibu dan bapa Adam Rayqal kemudiannya membuat laporan polis pada jam 9 malam. Terdahulu Sufie telah menyebarkan mesej kehilangan anaknya di laman sosial. Sekurang-kurangnya sehingga jam 8.30 malam, 12,000 netizens telah menyebarkan mesej tersebut di Facebook sahaja. Tidak termasuk di platform media sosial yang lain seperti Blog, Telegram, Twitter dan WhatsApp.
4. Pihak polis dilaporkan segera menjalankan siasatan selepas menerima maklumat kehilangan. Pihak polis telah menemui pengasuh yang menjaga Adam Rayqal di rumahnya pada lewat malam. Sebelum ini pengasuh Adam Rayqal juga telah memberikan keterangan awal dan siasatan di rumah adalah tindakan susulan pihak polis bagi menyemak maklumat yang diterima dari semua sumber.
7. Maklumat post-mortem mendapati Adam meninggal dunia disebabkan trauma objek tumpul;
Head injury due to blunt force trauma.
8. Apa yang menjadi kekecewaan netizens ialah kenapa si pengasuh tidak segera membawa Adam ke hospital sebaliknya sembunyikan dia di dalam beg dan memasukkan ke dalam peti sejuk?
9. Turut dihebahkan netizens ialah pengasuh mempunyai rekod yang tidak baik. Berdasarkan tinjauan awal ada pihak yang mendakwa pengasuh pernah mendera anaknya di Facebook.
10. Berdasarkan siasatan netizens juga, si pengasuh juga mencari anak baru untuk diasuh pada hari kematian Adam.
13. Ketika ini, kedua-dua suspek utama yang tinggal di rumah berlokasikan Kampung Nakhoda, Batu Caves ditahan reman selama tujuh hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Kes di siasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan. Jika disabit bersalah, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
14. Kedua-dua suspek utama ialah wanita.
15. Arwah Adam Rayqal telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada 4 Julai lalu.
1. Semalam, bapa dan ibu kepada Adam Rayqal membuat rayuan online agar orang awam membantu mencari anaknya yang katanya hilang dari rumah pengasuh.
3. Berdasarkan sumber Nur Alia Athila pada awalnya si pengasuh telah beria-ria menelefon ibu kepada Adam Rayqal pada jam 6.30 petang dan menghantarkan mesej memberitahu Adam Rayqal telah diambil oleh bapanya iaitu Sufie Naeif. Bagaimanapun Sufie menafikan hal itu dan beranggapan Adam telah diculik oleh seseorang yang menyamar sebagai dirinya.
3. Ibu dan bapa Adam Rayqal kemudiannya membuat laporan polis pada jam 9 malam. Terdahulu Sufie telah menyebarkan mesej kehilangan anaknya di laman sosial. Sekurang-kurangnya sehingga jam 8.30 malam, 12,000 netizens telah menyebarkan mesej tersebut di Facebook sahaja. Tidak termasuk di platform media sosial yang lain seperti Blog, Telegram, Twitter dan WhatsApp.
4. Pihak polis dilaporkan segera menjalankan siasatan selepas menerima maklumat kehilangan. Pihak polis telah menemui pengasuh yang menjaga Adam Rayqal di rumahnya pada lewat malam. Sebelum ini pengasuh Adam Rayqal juga telah memberikan keterangan awal dan siasatan di rumah adalah tindakan susulan pihak polis bagi menyemak maklumat yang diterima dari semua sumber.
5. Hasil serbuan dan siasatan di rumah pengasuh, menemui bayi malang Adam Rayqal di dalam peti sejuk beku dua tingkat. Adam dibalut dengan napkin dan dimasukkan ke dalam beg hijau. Beg hijau itu adalah milik kepada ibu Adam, Farah Madi. Menurut Farah, di dalam beg itulah barang-barang Adam diletakkan ketika menghantar Adam ke rumah pengasuhnya.
Wajah-wajah kesedihan ibu bapa Adam Rayqal ketika dibawa ke proses pengecaman dan pengurusan jenazah..
6. Jam 2.30 pagi 4 Julai, disahkan laporan Adam meninggal dunia dan ditemui mati di rumah pengasuhnya. Berita itu dilaporkan oleh pelbagai media tempatan dan mendatangkan kemarahan netizens.
7. Maklumat post-mortem mendapati Adam meninggal dunia disebabkan trauma objek tumpul;
Head injury due to blunt force trauma.
Adam samada dipukul, terhantuk, jatuh atau dijatuhkan ke atas benda tumpul sehingga menyebabkan trauma di kepalanya lalu meninggal dunia.
8. Apa yang menjadi kekecewaan netizens ialah kenapa si pengasuh tidak segera membawa Adam ke hospital sebaliknya sembunyikan dia di dalam beg dan memasukkan ke dalam peti sejuk?
9. Turut dihebahkan netizens ialah pengasuh mempunyai rekod yang tidak baik. Berdasarkan tinjauan awal ada pihak yang mendakwa pengasuh pernah mendera anaknya di Facebook.
10. Berdasarkan siasatan netizens juga, si pengasuh juga mencari anak baru untuk diasuh pada hari kematian Adam.
11. Pengasuh juga dikatakan mempunyai anak angkat yang OKU penglihatan. Dikatakan pengasuh turut mendera anak angkatnya itu. Ada sumber Facebook memaklumkan si pengasuh gemar menjerit-jerit marahkan anak angkatnya itu dihadapan orang ramai walaupun anaknya itu anak istimewa.
12. Sesetengah netizen menyebarkan ketika kejadian, ibu Adam Rayqal berada di ICU bagi membantu menyelamatkan pesakit. Farah Madi ialah seorang jururawat.
13. Ketika ini, kedua-dua suspek utama yang tinggal di rumah berlokasikan Kampung Nakhoda, Batu Caves ditahan reman selama tujuh hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Kes di siasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan. Jika disabit bersalah, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
14. Kedua-dua suspek utama ialah wanita.
15. Arwah Adam Rayqal telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada 4 Julai lalu.
AL-FATIHAH BUATMU ANAK SYURGA.
Subscribe to:
Posts (Atom)